Thursday 13 December 2012

KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) Tahap 1


Kursus ini merupakan satu program pendidikan berterusan dengan aplikasi yang dipiawaikan bagi melatih, membangun serta menaikkan taraf, tahap pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan para penggiat, pentadbir dan pengurus sukan mengikut kehendak dan keperluan sukan tempatan tanpa mengabaikan keperluan peringkat antarabangsa.
Program pembelajaran ini juga akan terus berkembang kerana ia menyediakan peluang kepada penggiat sukan yang berminat untuk menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan sukan, di samping itu juga akan memberi nilai tambah kepada semua penggiat, peminat dan ahli sukan di peringkat akar umbi.
Justeru itu, saya sarankan kepada semua bakal pendidik jasmani terutamanya mengikuti kursus yang sangat bernilai ini sebagai persediaan ke alam kerjaya yang penuh mencabar ini. Ia merupakan satu nilai tambah dalam meningkatkan keprofesionalisme dalam karier tersebut.
Sebagai input kepada semua berikut adalah antara kandungan kursus yang akan dikuliahkan oleh barisan penceramah yang sangat berpengalaman dan komited: 

  1. Pengurusan Sukan
  2. Fungsi-fungsi Pengurusan
  3. Kepimpinan dan Pentadbiran
  4. Sumber-sumber Pengurusan
  5. Pengelolaan Acara
  6. Pembentukan Pasukan dan Atlet
  7. Pemasaran Sukan
  8. Perhubungan Awam
  9. Pengurusan Risiko
  10. Profesionalisme dalam Pengurusan Sukan
  11. Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengurusan Sukan

Tuesday 5 June 2012

Baju Renang Muslimah (Kanank-kanak & Dewasa)

KANAK-KANAK
KANAK-KANAK






 

 

 

 

 

 

 

DEWASA


























SCHOOL HOLIDAY SALE!

Baju Renang Muslimah - Kanak-kanak & Remaja/Dewasa
Baju renang muslimah dengan design terbaru terdiri daripada :
Tudung - 1
Baju -1
Seluar - 1
Material: diperbuat daripada kain yang berkualiti dan jahitan yang kemas
 
Saiz (KANAK-KANAK) : M & L
Harga : RM120

Saiz (DEWASA) : M,L,XL,XXL,XXXL

Harga : RM170


Harga boleh dirunding.
Berminat..? Hubungi saya di talian 019-4516586
T.kasih.
:-)

Saturday 6 August 2011

MY YOUNGEST SON





IZZUAN NUR HAQEEM

BANGUNKAN TABIAT BERTINDAK

Amalkan perkara-perkara di bawah ini :

1. Jadi seorang activationist dan seorang yang suka bertindak.
2. Usah tangguhkan tindakan semata-mata kerana menanti keadaan yang sempurna. Keadaan tidak pernah dan tidak mungkin sempurna. Masalah dan cabaranadalah lumrah hidup dan tugas kita adalah menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.
3. Ingat, idea semata-mata tidak mendatangkan kejayaan. Idea cuma membawa hasil apabila ia dilaksanakan.
4. Bertindak bagi mengurangkan ketakutan dan membina keyakinan. Dengan melakukan perkara yang kita takuti, maka rasa takut itu pasti hilang. Selamat mencuba!
5. Hidupkan enjin mental kita. Usah menunggu semangat menggerakkan kita. Bertindak dan gerakkan semangat kita sendiri.
6. Berfikir dalam konteks sekarang. Esok, minggu depan, kemudia, tidak dan perkataan-perkataan yang sejenis dengannyaadalah perkataan yang membawa kepada kegagalan. Mulakan langkah kita sekarang juga!
7. Lakukan perkara yang perlu dilakukan sekarang juga. Usah membuang masa mempersiapkan diri sebelum bertindak. Sebaliknya, bertindak tanpa was-was.
8. Jadi orang yang suka mengambil inisiatif. Jadi pejuang dan orang yang suka menawarkan bantuan secara sukarela. Buktikan peribadi kita yang mempunyai kebolehan, cita-cita dan boleh bertindak.

Renungan bersama...
INSYAALLAH...

MEE BANDUNG

Assalamualaikum...

Nk brbke ape hari ni ye? Ttbe ade request mee bandung.
Treng teng teng...dan bahan2nye adalah...:

1. Cili blender
2. Bawang merah
3, Bawang putih
4. Sos cili dan sos tomato
5. Daging yang dihiris
6. Udang
7. Fishcake
8.Sawi
9. Garam
10. Gula
11. Air
12. Telur
13. Udang kering ditumbuk halus
14. Mee kuning
15. Kicap

* Pesanan penaja :- jgn terlebih masukkan udang kering ye...;-)

Finally...here u are...a first try of mee bandung....hehehe...